MERDEKA LARA 2026
PENDAFTARAN PERTANDINGAN
Sertai pertandingan dan meriahkan semangat Merdeka bersama komuniti LARA
PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Sepak
Pesta Bola Merdeka LARA 2026 — pertandingan bola sepak untuk komuniti ahli LARA sempena sambutan Merdeka LARA yang ke 9.
TARIKH
12 SEPTEMBER 2026
MASA
8:00 AM – 12:00 PM
TEMPAT
Padang Lakeside 2D
SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN
1. FORMAT PERTANDINGAN
- Pertandingan menggunakan format 5 sebelah (5-a-side), iaitu: 1 Penjaga Gol (GK) + 4 Pemain.
- Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain: 5 pemain Junior berumur 12–18 tahun dan 2 pemain Senior berumur 19 tahun dan ke atas.
- Setiap pemain yang berdaftar akan menjalani cabutan undi untuk menentukan pasukan yang akan diwakili.
- Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
- 2 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat Separuh Akhir.
- Semua keputusan berkaitan format, susunan perlawanan dan perkara teknikal adalah tertakluk kepada ketetapan urusetia pertandingan.
- Pendaftaran hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran rasmi yang disediakan.
- Penyertaan adalah TERHAD KEPADA AHLI LARA DAN KELUARGA YANG BERDAFTAR SAHAJA.
2. MASA PERMAINAN
Peringkat Kumpulan
- Setiap perlawanan dimainkan selama 5 minit permainan + 1 minit rehat.
- Format ini akan digunakan mengikut jadual dan ketetapan urusetia.
Peringkat Separuh Akhir & Seterusnya
- Tempoh permainan akan ditentukan oleh urusetia pertandingan berdasarkan keadaan dan perjalanan pertandingan.
- Perlawanan tertentu boleh menggunakan format 7 minit + 1 minit rehat + 7 minit.
- Sebarang perubahan masa permainan akan dimaklumkan oleh urusetia sebelum perlawanan berlangsung.
3. TARIKH PENTING
📝 Mula Pendaftaran
25 Ogos 2026
🔒 Tutup Pendaftaran
10 September 2026
🎲 Undian & Penerangan Pertandingan
11 September 2026
⚽ Hari Pertandingan
12 September 2026
4. PENGESAHAN PENYERTAAN
- Semua peserta hendaklah memberikan maklumat yang tepat dan benar semasa pendaftaran.
- Peserta hendaklah mematuhi kategori umur yang ditetapkan.
- Urusetia berhak membuat semakan terhadap status ahli dan kelayakan peserta.
- Sebarang keputusan urusetia berkaitan kelayakan, undian, format dan perjalanan pertandingan adalah muktamad.
🇲🇾 SATU BOLA, SERIBU SAUDARA
Bersatu • Bersemangat • Bersukan • Eratkan Silaturahim
PERTANDINGAN
Pertandingan Pickleball LARA
Pickleball Merdeka LARA 2026 — pertandingan Pickleball untuk komuniti ahli LARA sempena sambutan Merdeka LARA yang ke 9.
TARIKH
13 SEPTEMBER 2026
MASA
8.30 PAGI – SELESAI
TEMPAT
Dewan Lakeside, Bertam, Penang
SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN
1. SYARAT PENYERTAAN
- Pertandingan terbuka kepada Ahli LARA dan keluarga yang berdaftar sahaja.
- Peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Semua peserta hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi yang disediakan.
- Peserta yang berdaftar akan dibahagikan kepada pasangan dan kumpulan melalui cabutan undi oleh urusetia.
- Cabutan undi akan dibuat bagi memastikan pembahagian pasangan dan kumpulan adalah adil dan seimbang.
- Setiap peserta hendaklah bermain mengikut pasangan yang telah ditentukan melalui cabutan undi.
- Sebarang perubahan pasangan selepas cabutan undi adalah tertakluk kepada kelulusan urusetia.
2. FORMAT PERTANDINGAN
- Pertandingan hanya dimainkan dalam format Beregu (Doubles).
- Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
- Peringkat kumpulan menggunakan format Round Robin, di mana setiap pasangan akan bermain menentang pasangan lain dalam kumpulan masing-masing.
- Kedudukan kumpulan akan ditentukan berdasarkan keputusan perlawanan dan sistem mata yang ditetapkan oleh urusetia.
- Pasangan yang layak akan mara ke peringkat kalah mati.
- Peringkat seterusnya akan menggunakan format Kalah Mati (Knockout) sehingga ke perlawanan akhir.
- Susunan perlawanan dan pasangan yang layak ke peringkat kalah mati adalah tertakluk kepada ketetapan urusetia.
3. FORMAT PERMAINAN
- Setiap perlawanan dimainkan sehingga 20 mata.
- Perlawanan menggunakan sistem rally point, iaitu setiap rally menghasilkan satu mata.
- Tukar gelanggang pada 11 mata.
- Pasangan yang terlebih dahulu mencapai 20 mata akan dikira sebagai pemenang.
- Sekiranya berlaku keadaan atau situasi khas yang memerlukan perubahan format permainan, keputusan adalah tertakluk kepada ketetapan urusetia.
4. CABUTAN UNDI
- Semua peserta yang telah disahkan akan mengambil bahagian dalam cabutan undi.
- Cabutan undi akan menentukan: pasangan beregu, kumpulan pertandingan dan susunan perlawanan, jika diperlukan.
- Cabutan undi akan dijalankan secara terbuka bagi memastikan proses pembahagian adalah telus dan adil.
5. PERATURAN PERTANDINGAN
- Peserta hendaklah hadir mengikut masa yang telah ditetapkan oleh urusetia.
- Peserta hendaklah mematuhi semua peraturan permainan dan arahan pengadil/urusetia.
- Peserta bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, pasangan dan peserta lain sepanjang pertandingan.
- Sebarang pertikaian berkaitan perlawanan hendaklah dirujuk kepada urusetia pertandingan.
- Keputusan pengadil dan urusetia berkaitan perjalanan pertandingan adalah muktamad.
6. TARIKH PENTING
📝 Mula Pendaftaran
25 Ogos 2026
🔒 Tutup Pendaftaran
10 September 2026
🎲 Undian & Penerangan Pertandingan
11 September 2026
🏓 Hari Pertandingan
13 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa
8.30 pagi hingga selesai
📍 Tempat
Dewan Lakeside, Bertam, Penang
🇲🇾 BERSATU DI GELANGGANG, MENANG BERSAMA
Sukan Untuk Semua • Semangat Merdeka • Eratkan Silaturahim
AYUH SERTAI!
Pilih pertandingan yang ingin disertai dan lengkapkan pendaftaran melalui borang yang disediakan.